Thursday, January 31, 2013

Khasiat susu kambing



Ramai juga yang telah mengamalkan Susu Awal Lembu sebagai pemakanan tambahan, tetapi susu kedua terbaik selepas susu ibu ialah susu kambing.
Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa:
  1. Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan
  2. Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
  3. Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
  4. Proses pencernaan  susu kambing hanya  20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
  5. Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik
  6. Kandungan  gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
  • Protein 2.1 kali ganda
  • Kalsium 2.2 kali ganda
  • Zat Besi 2.0 kali ganda
  • Potasium 2.1 kali ganda
  • Vitamin A 3.8 kali ganda
  • Garam Galian 2.0 kali ganda
  • Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
Kajian telah mendapati susu kambing adalah Susu Yang Terbaik selepas susu ibu kerana
mengandungi sumber nutrien seperti berikut:
  • Tenaga
  • Protein
  • Lemak
  • Karbohidrat
  • Gula
  • Kalsium
  • Zat Besi
  • Vitamin A
  • Vitamin B2
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Vitamin B12
  • Asid Folik
  • Inositol
  • Sodium
  • Potasium
  • Selenium




# Untuk Ibu Hamil 
Susu kambing sangat bekhasiat untuk ibu-ibu hamil kerana ia kaya dengan protein, enzim - enzim dan vitamin A yang sangat penting untuk kesihatan dan pemakanan yang sihat perlu bermula dari awal kehamilan untuk membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. 

#Untuk Ibu Menyusu

Amalan meminum susu kambing dapat membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu. 

2 comments:

  1. baru tahu irie ada blog..harap semuanya selamat n baik2 saja utk irie n keluarga,insyaAllah...;)

    ReplyDelete
  2. aha yes ade blog. ni yang baru. yang lama dh delete. amin, insyallah. thank you dear =)

    ReplyDelete