Monday, December 1, 2014

New hectic life











Phewww.. Never tought that our life will change 360 when Aidan came to this world. Life is full of milk feeding, diapers change, baby cry, scream, laugh and the list goes on. He is indeed our precious gift from Allah that we treasure each day. Aidan completed our life. May u grow to be obedient, righteous, healthy and happy baby. Amin. We love u son. 


Friday, February 21, 2014

Hello 2014 :)

Hye everyone, im back. Heheeheh. I know its February going to March but still I want to wish a happy new year to all of u. 2014 is definetly going to be an awesome&exciting year for me&my little family, I promise. 2014 we welcomed it with a new status, new life and of course, with the most awaited new family member - baby A :). Gonna keep my birth story for the next entry, hoping that I could consistently update between milk feeding and diaper change. Anyway, have a wonderful weekend guys, stay safe, hydrated and take care. Xoxo


Wednesday, February 6, 2013

Surah - surah dan doa untuk amalan ibu hamil

DOA-DOA



1. Doa memohon rahmat - surah Ali Imran 3 : 8-9

2. Doa memohon zuriat yang baik - surah Ali Imram 3 : 38

3. Doa untuk anak mengerjakan solat - surah Ibrahim 14 : 40-41




SURAH AL-QURAN


1. Surah Al-Fatihah - untuk terang hati dan kuat ingatan

2. Surah Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin

3. Surah Yusuf - untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan akhlak

4. Surah Luqman - untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan jiwa

5. Surah Yasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan ke arah maksiat

6. Surah Toha - semoga bayi lembut hati

7. Surah An Nahl - untuk memperoleh anak yang berdisiplin

8. Surah At - Taubah - untuk kebersihan jiwa dan terpelihara dari maksiat

9. Surah Hujurat - untuk membanyakkan susu dan anak bersifat hati-hati



Development of a baby during the first trimester part 1

Salam everybody. ok hari ni nak kongsi about perkembangan baby dalam rahim pada 1st trimester starting dari minggu ketiga. info ni short and simple and dapat dari apps babybump. maybe ade ibu-ibu yang tak ada fungsi apps ni so here i am sharing this info with you guys out there. 


Week 3

Your third week of pregnancy is technically your first gestation week after conception. At this stage, your baby is a developing ball of cells called a blastocyst and is making its way through the fallopian tube to the uterine cavity where it will continue to grow and develop for the next 37 weeks.

Baby size : less than .1 inch
Baby weight : less than .04 oz


Week 4


The blastocyst is now officially considered an embryo and is busy implanting into the lining of your uterus where the placenta will continue to develop. 

Baby size : less than .1inch, like a poppyseed
Baby weight : less than .04 oz



Week 5

At this stage your embryo is dividing into three layer of cells. The top layer will eventually become the central nervous system : the brain, spinal cord, spinal nerves and the backbone. The middle layer will develop into circulatory system and the bottom layer is where the lungs, intestines, thyroid and other major internal organs will develop. 

Baby size : .13 inch, like an appleseed
Baby weight : less than .04 oz



Week 6

Your baby is rapidly growing and will triple in size this week. Basic facial features such as eyes, and ears are becoming more develop and the neural groove will have closed by this time. The tiny heart is starting to pump blood. Along the midline, 40 tiny blocks of tissue are developing which will eventually become the backbone, ribs and muscles of you baby`s back and sides. 

Baby size : .25 inch, like a small pea
Baby weight : less than .04 oz



Week 7

This week your baby`s brain is becoming more complex and is developing cavities and passages vital for circulating spinal fluid. Your baby`s face is also becoming more defined with the lenses of the eyes and middle part of the ear forming. Tiny arms, legs, hands and feet are also beginning to bud.

Baby size : .51 inch, like a blueberry
Baby weight : less than .04 oz

Tuesday, February 5, 2013

Food for pregnancy


Happy Tuesday ya`ll =) Harap semua sihat la ya. ok im suck in introduction so lets skip this part and move on to the main topic la ya. harini rasa nak share some of the supplement and food that I`ve trusted and consume during my pregnancy. 




For vitamin, memang tak ada brand lain melainkan OBIMIN PLUZ. since belum pregnant lagi dah makan vitamin ni. 1 single pill and it contains every vitamins that we need. so tak payah la consume banyak-banyak pill lagi. selalu tengok ramai pregnant lady makan 3-4 pill sekali makan. paling famous pill yang diambil are salindah, folic acid and shaklee. lepas tu ade jugak yang memandai cakap kalau makan obimin or segala ubat doctor provide nanti baby besar. what?? tak ada maknanya, baby besar mungkin sebab ibu tu sendiri ade komplikasi masa mengandung macam kencing manis or darah tinggi. genetic jugak boleh sebabkan baby yang lahir tu besar. obimin or any other vitamin seeloknya diambil dari awal usia kandungan. masa trimester pertama la segala tisu, organ baby mau terbentuk. jadi jangan lupa to start early with your vitamin. and jangan sekali-kali ambil vitamin or supplement tanpa arahan doctor. jangan main ikut saja apa orang cakap n recommend sebab setiap orang tu tak sama jadi jangan lupa to talk to your doctor first before you consume any pills. 




As for milk, yes sangat penting. Anmum materna was my first choice tapi lama-lama tekak tak boleh terima sebab its too creamy. some women boleh go on dengan anmum but not me this time. sebungkus sudah buang macam tu saja and another one is on the line to the trash bin.



Masa checkup previous pregnancy, doctor ada bagi smaple dumil mama ni. it taste like a vanilla ice cream and tekak sangat-sangat boleh terima susu ni. sangat sedap tapi harga dia a bit pricey than anmum materna. 




Ok yang susu kambing hi-goat ni, actually saja nak try lepas baca review and baca info pasal khasiat dia. ok la hubby beli la sekotak, habiskan katanya. susu ni tanpa gula. and tak ada rasa hamis kambing. comes in a sachet. so tak payah la cedok guna sudu macam susu anmum and dumil mama tu. harganya lagi mahal dari susu lembu dia atas ya puan-puan. sekotak is rm45 and ada 15 sachet saja. boleh minum 2 kali sehari, pagi and malam. tapi suka hatila kalo rasa nak minum susu ni setiap jam pun, tak ada halangan. hahahaha. 





Pati delima gulsan ni beli untuk ganti kalau-kalau tak ada buah delima. boleh bancuh dengan air suam or just minum macam tu saje sesudu besar. rasanya masam-masam manis. 






Delima. buah yang paling bagus untuk dimakan sepanjang kehamilan. banyak khasiatnya. antaranya adalah :

  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik

Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.





Ok madu ni diminum seawal pagi sebelum makan or minum apa-apa. madu sesudu besar dibancuh dengan segelas air suam. madu memang sangat membantu nak hilangkan loya pagi-pagi and nak kurangkan pedih ulu hati. 






Jangan lupa untuk makan sayur-sayuran, buah-buahan and ikan secukupnya untuk dapatkan khasiat yang cukup sepanjang kehamilan. daging and ayam kurangkan pengambilan. organ dalaman seperti hati ayam,pedal ayam sebaiknya jangan diambil lansung. pastikan setiap hidangan lengkap dengan sayur-sayuran dan ikan for 2-3 servings per day. pengambilan ikan bagus untuk baby.



seperti ibu-ibu lain, i do feel nauseas every morning. some people suka makan asam. mana saja pergi, berkepit dengan asam and jeruk nak hilangkan loya. i do have some pickles once in a while with just a small amount. selebihnya, dried apricot, raisins, dried cranberry and dates la yang dimakan untuk hilangkan loya setiap hari. asam and jeruk tidak digalakkan. for snacking, i go for nuts. almond, cashew nuts, and mix seed. healthy snacking is important. 

So thats it. itulah yang diambil sepanjang kehamilan. i do experienced a morning sickness but im trying my best to eat as healthy as i could. selera memang tak menentu tapi memang kena kuat and makan untuk kebaikan ibu and anak. till the next post ya.




Thursday, January 31, 2013

Khasiat susu kambing



Ramai juga yang telah mengamalkan Susu Awal Lembu sebagai pemakanan tambahan, tetapi susu kedua terbaik selepas susu ibu ialah susu kambing.
Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa:
  1. Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan
  2. Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
  3. Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
  4. Proses pencernaan  susu kambing hanya  20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
  5. Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik
  6. Kandungan  gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
  • Protein 2.1 kali ganda
  • Kalsium 2.2 kali ganda
  • Zat Besi 2.0 kali ganda
  • Potasium 2.1 kali ganda
  • Vitamin A 3.8 kali ganda
  • Garam Galian 2.0 kali ganda
  • Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
Kajian telah mendapati susu kambing adalah Susu Yang Terbaik selepas susu ibu kerana
mengandungi sumber nutrien seperti berikut:
  • Tenaga
  • Protein
  • Lemak
  • Karbohidrat
  • Gula
  • Kalsium
  • Zat Besi
  • Vitamin A
  • Vitamin B2
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Vitamin B12
  • Asid Folik
  • Inositol
  • Sodium
  • Potasium
  • Selenium




# Untuk Ibu Hamil 
Susu kambing sangat bekhasiat untuk ibu-ibu hamil kerana ia kaya dengan protein, enzim - enzim dan vitamin A yang sangat penting untuk kesihatan dan pemakanan yang sihat perlu bermula dari awal kehamilan untuk membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. 

#Untuk Ibu Menyusu

Amalan meminum susu kambing dapat membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu. 

breastfeed & weight loss

Through my experienced, i`ve met few mommies who are desperately wanting to loose weight as soon as they deliver their babies. yes i know, semua nak badan macam miranda kerr, adriana lima, cindy crawford lepas bersalin. nanti tak hot mommy la kalo badan empat segi tepat kan. tak boleh nak berfesyen ala ziana zain, eraa fazira and rozita che wan kalo tak pasang badan lepas bersalin. disebab kan ini jugala ibu-ibu decide untuk pantang setengah mati lepas bersalin. memang diakui pantang bagus untuk wanita tapi jangan main ikut saja. ingat ibu-ibu bersalin kena susukan baby. and in order to produced milk, mommy kena makan a good amount of meal and a healthy food. 

imagine, masa pantang, kena makan ikan sepat masin, ikan kering, bawang merah, lada hitam, halia etc. air pun kena minum dua ruas jari saja. nasi kena panas, tak ada kuah. tak boleh makan sayur, ikan segar, seafood, telur, ayam,daging. lepas tu kena makan jamu itu ini. so tell me, with all this kind of food, how are you going to produce a milk for your baby? how are you going to recover after giving birth? during labour, a mother loss a lot of blood. so kalau tak makan zat yang secukupnya, how nak ganti balik darah yang hilang, how luka-luka nak sembuh? lepas tu semua sibuk bergantung harap pada supplement yang ada. u name it, salindah, biodex, shaklee etc, semua laris. tu belum masuk lagi product untuk weight loss. abc acai berry, fellina inchloss, teh herba etc. laris gila di pasaran. semua berlumba nak back to size xs/s lepas bersalin. eh tipula if i said i dont want to get back in shape lepas bersalin. tak kan anak baru seorang, badan dah tak de shape, dah pakai baju saiz xxxl. pitam laki dibuatnya.

im not against getting back in shape after having a baby but i feel sorry for the baby yang mane ibunya sibuk nak loose weight sampai lupa tanggungjawab kat anak. senang cerita, a selfish and obsessive mom yang nak sangat kurus. 

susu ibu adalah yang makanan terawal baby, which is given one hour right after delivery process. colustrum or susu awal ibu, the thick yellowish milk sangat bagus sebab dia bagi antibodi dekat baby. tapi tak semua mommy sedar hal ni. mane yang beranak kat hospital swasta, they just simply let their babies being feed with the cows milk. ha susu lembu. nak jenama apa? anmum essential? dumex? u name it. majoriti hospital swasta just letak sign PROMOTE BREASTFEED tapi tak dikuatkuasakan. susu lembu sedia ada to feed the baby. kesian dekat baby. balik ke rumah, ibu-ibu dah start pantang bagai nak gila. susu kan anak gitu-gitu aje, lepas tu complain baby tak nak dah susu ibu so ibu proceed dengan susu yang ada kat pasaran. the truth is, kalau kita tak ajar awal-awal, tak sabar dalam menyusukan anak, macam mana anak tu nak suka dengan susu ibu?? 

back to hal pantang. memang pantang tradisional malay, sangat strict. ade tu siap tak boleh keluar rumah, jejak kaki kat tanah for 44days alasannya nanti badan masuk angin. wtf?? makan pun tak blh banyak air, nanti vagina berair. wtf???? yes im not really into tradisional thinggy when it comes to pantang. during my confinement period last year, i ate lots of protein, carbohydrates, vitamins and drink lots of water. i do somehow follow some of the tradisional pantang thinggy such as bertungku, pakai bengkung and berurut. and i maintain my shaped by exercising. buat kerja kat rumah eg: kemas rumah, memasak pun dah kira exercise. solat pun membantu kita menggerakkan anggota badan. kira macam light exercise juga. 

ibu-ibu, jangan terlalu taksub. makanla dengan seimbang. minum banyak air. air masak 8 gelas sehari macam biasa, susu/milo/horlicks jangan dilupa. sayur, buah, ikan, ayam, daging makanla dengan amaun yang secukupnya. yes pantang tetap pantang. mana-mana makanan yang ada unsur sejuk, gatal, berangin and tajam, elakkan. air bicarbonat, ais, jangan diambil. vitamin tambahan boleh ambil tapi janganla sampai diri tu dah jadi macam farmasi, segala ubat telan sekaligus. kita bukan robot ya. halia + lada hitam memang sinonim as a most important pantang food. so cuba la makan steam or fish soup with ginger and black pepper. apa salahnya. masih juga lauk pantang. 

pasal nak cepat loose weight, studies have proven that u can loose weight by breastfeeding your baby. yes no doubt about it. kenapa takut sangat nak susukan anak? takut sebab kalo susukan anak, u will feel hungry and akan makan banyak, takut nanti bertambah gemuk. macam tu?? no you are wrong. if you breastfeed your baby, practice a good diet and exercise, u dont need to waste your money over those slimming pills etc in order to stay in shape right after delivery process. jamu-jamu and mahjun semua tak perlu. kenapa perlu rely on semua tu for the rest of our life to stay healthy while we can maintain it naturally? 

there is one case back then while i was in my clinical field, one of my patient sued her mother in law. mana taknya, dia paksa menantu dia follow her strict pantang, then sudahnya rahim menantu rosak terus kena remove. imagine u as a young woman who only just welcome one child, dah tak ada rahim, tak sempurna macam wanita lain while sebaliknya u can produce more babies. 

most mommy yang bekerja bagi alasan susah nak continue breastfeed sebab nanti nak pergi kerja, anak tinggal kat pengasuh or nursery so the choose those milk on the shelf.  senang katanya. cukup bulan, time gaji, borong aje berapa tin nak. siapa cakap susah to breastfeed even bekerjaya? zaman sekarang dunia dah maju. u have a portable breastpump, milk storage, warmer, cooler. pilih saja nak jenama apa. harga ikut kemampuan. mahal atau murah. dont tell me raising a kid is damn expensive while u can afford channel, gucci, prada or even lv. your kid should be your number 1 priority right? i`ve come across this one article, about a young mother, she`s no ordinary woman, she`s an airforce fighter pilot and amazingly, she still can breastfeed her baby. if she can do it, why cant you the office mommy?? 

so to all the mommies and mommy-to-be out there, ask yourself. anak yag diutamakan or diri sendiri yang penting? you want the best for your baby or just for yourself?