Tuesday, February 5, 2013

Food for pregnancy


Happy Tuesday ya`ll =) Harap semua sihat la ya. ok im suck in introduction so lets skip this part and move on to the main topic la ya. harini rasa nak share some of the supplement and food that I`ve trusted and consume during my pregnancy. 




For vitamin, memang tak ada brand lain melainkan OBIMIN PLUZ. since belum pregnant lagi dah makan vitamin ni. 1 single pill and it contains every vitamins that we need. so tak payah la consume banyak-banyak pill lagi. selalu tengok ramai pregnant lady makan 3-4 pill sekali makan. paling famous pill yang diambil are salindah, folic acid and shaklee. lepas tu ade jugak yang memandai cakap kalau makan obimin or segala ubat doctor provide nanti baby besar. what?? tak ada maknanya, baby besar mungkin sebab ibu tu sendiri ade komplikasi masa mengandung macam kencing manis or darah tinggi. genetic jugak boleh sebabkan baby yang lahir tu besar. obimin or any other vitamin seeloknya diambil dari awal usia kandungan. masa trimester pertama la segala tisu, organ baby mau terbentuk. jadi jangan lupa to start early with your vitamin. and jangan sekali-kali ambil vitamin or supplement tanpa arahan doctor. jangan main ikut saja apa orang cakap n recommend sebab setiap orang tu tak sama jadi jangan lupa to talk to your doctor first before you consume any pills. 




As for milk, yes sangat penting. Anmum materna was my first choice tapi lama-lama tekak tak boleh terima sebab its too creamy. some women boleh go on dengan anmum but not me this time. sebungkus sudah buang macam tu saja and another one is on the line to the trash bin.



Masa checkup previous pregnancy, doctor ada bagi smaple dumil mama ni. it taste like a vanilla ice cream and tekak sangat-sangat boleh terima susu ni. sangat sedap tapi harga dia a bit pricey than anmum materna. 




Ok yang susu kambing hi-goat ni, actually saja nak try lepas baca review and baca info pasal khasiat dia. ok la hubby beli la sekotak, habiskan katanya. susu ni tanpa gula. and tak ada rasa hamis kambing. comes in a sachet. so tak payah la cedok guna sudu macam susu anmum and dumil mama tu. harganya lagi mahal dari susu lembu dia atas ya puan-puan. sekotak is rm45 and ada 15 sachet saja. boleh minum 2 kali sehari, pagi and malam. tapi suka hatila kalo rasa nak minum susu ni setiap jam pun, tak ada halangan. hahahaha. 





Pati delima gulsan ni beli untuk ganti kalau-kalau tak ada buah delima. boleh bancuh dengan air suam or just minum macam tu saje sesudu besar. rasanya masam-masam manis. 






Delima. buah yang paling bagus untuk dimakan sepanjang kehamilan. banyak khasiatnya. antaranya adalah :

  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik

Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.





Ok madu ni diminum seawal pagi sebelum makan or minum apa-apa. madu sesudu besar dibancuh dengan segelas air suam. madu memang sangat membantu nak hilangkan loya pagi-pagi and nak kurangkan pedih ulu hati. 






Jangan lupa untuk makan sayur-sayuran, buah-buahan and ikan secukupnya untuk dapatkan khasiat yang cukup sepanjang kehamilan. daging and ayam kurangkan pengambilan. organ dalaman seperti hati ayam,pedal ayam sebaiknya jangan diambil lansung. pastikan setiap hidangan lengkap dengan sayur-sayuran dan ikan for 2-3 servings per day. pengambilan ikan bagus untuk baby.



seperti ibu-ibu lain, i do feel nauseas every morning. some people suka makan asam. mana saja pergi, berkepit dengan asam and jeruk nak hilangkan loya. i do have some pickles once in a while with just a small amount. selebihnya, dried apricot, raisins, dried cranberry and dates la yang dimakan untuk hilangkan loya setiap hari. asam and jeruk tidak digalakkan. for snacking, i go for nuts. almond, cashew nuts, and mix seed. healthy snacking is important. 

So thats it. itulah yang diambil sepanjang kehamilan. i do experienced a morning sickness but im trying my best to eat as healthy as i could. selera memang tak menentu tapi memang kena kuat and makan untuk kebaikan ibu and anak. till the next post ya.




No comments:

Post a Comment